Assalamualaikum

Sinopsis / Synopsis

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat blog aku...


Hidup ini tidak semuanya begitu indah buat kita... Apa yang kita lalui dalam kehidupan tidak akan kekal begitu lama ia akan datang dan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya itulah ketentuan hidup yang perlu kita harungi...


First I wish to say deepest gratitude to anyone who like visit my blog.

Live this will not all so beautiful for us. What we cross in life would not be permanent so long, it future and go away leaving us forever, that specificity live which need we undergo.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Ganas? Terpaksa?

Assalamualaikum....

Sebelum aku ingin memulakan kisah ini aku ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang terasa ataupun sebagainya, niatku hanya ingin menceritakan kisah hidupku di ruangan ini dengan kesempatan yang ada Hidup tak semuanya Indah...

Take Notes :

Hidupku tidak dalam keganasan hidupku tidak berada didalam keterpaksaan yang ada hanyalah kasih sayang...


Kembali kepada situasi sekarang setelah aku meninggalkan rumah dan cuba hidup bersama rakan-rakanku di bawah satu bumbung...Hidupku mula berubah malah hidupku dalam keganasan hidupku dalam keterpaksaan itu yang terjadi padaku sekarang...Tatkala aku cuba ingin mengelakkan diri daripada mereka semua tapi lain pula yang mereka anggap padaku...

Sebut pasal cara hidup...Aku tak salahkan mereka dah memang cara hidup mereka berlainan dengan cara hidupku...Mungkin cara hidup dan didikan mereka dengan cara yang kasar...Tapi janganlah memandang hidupku sama dengan hidup mereka...Aku berhak keatas diriku...Aku tak pernah memaksa mereka menerima cara hidupku yang aku tahu janganlah mereka menggangguku sedangkan aku tak mengganggu mereka seadanya...


Sabtu, 22 Ogos 2009

Harapanku Di Bulan Ramadhan ini...



Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

semoga ramadhan pada kali ini membuka hati kita untuk mengisafi diri sendiri...Kita begitu bertuah kerana masih lagi dapat merasai bulan yang mulia ini...Bulan-bulan yang lalu telah meninggalkan kita dengan begitu cepat sekali...Sehingga bulan yang baru kini mendatang...Ramadhan kini ku lalui...Membawa seribu erti makna untuk melakukan ibadah kepadaNya...InsyaAllah...Harapanku di Bulan Ramadhan ini agar aku dapat melakukan ibadah puasa lebih sempurna dari bulan-bulan yang sebelum ini...




Ahad, 9 Ogos 2009

INFO : Kebaikan Buah-buahan...

Kebaikan Pisang
>> Merawat Kudis dan Luka

>> Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin, zat galian (kalsium fosforus dan besi) mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.

>> alam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.

>> pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

Kebaikan Nanas
>> Penawar Penyakit Batu Karang Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae

>> mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C.

>> boleh mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka.

>> Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan.

>> Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Kebaikan Mangga
>> Kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah.

>> Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Kebaikan Tembikai>> Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.

>> Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

>> Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Kebaikan Betik
>> Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae.

>> Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.

>> Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

>> Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah

Edit....





Kenangan di SM Teknik Melaka Tengah 2006-2007

Budak Kimpalan & Fabrikasi Logam (KFL) 2006-2007

Group Pengawas SM Teknik Melaka Tengah (SMTMT) 2006-2007


>> Alangkah baiknya jika masa boleh berundur <<
>> Hidup tak semuanya Indah
<<



Jumaat, 7 Ogos 2009

Nek Ape yang PELIK nie?

Jam di dinding rumahku sudah menunjukkan tepat jam 12 tgh malam...Perasaanku ketika itu agak suram dan kelam bercampur takut dan gelisah...Wah camna tu ek? Aku sedang menunggu kepulangan Mak Cik ku yang bakal pulang ke rumah ku pada malam itu juga memandangkan Mak Cik ku melawat bapa saudaranya yang sedang sakit tenat akibat penyakit tua...Di dalam waktu yang begitu bernilai itu aku tertiba berasa amat terkejut apabila terlihat satu lembaga putih melintas di ruang tamu rumahku...gggggrrrrr...takut...Aku mencuba untuk membaca beberapa surah yang masih terlintas di fikiranku tetapi lidahku menjadi kelu kakiku berasa seperti kayu yang teramat berat dan keras...Aku cuba melawan tetapi aku gagal mengawal diriku di ketika itu...Apakan daya aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku sedang melalui pengalaman yang amat menakutkan di dalam hidupku dan ia sememangnya "Hidup tak semuanya Indah"....

Tiba-Tiba pintu rumah ku di ketuk dari luar...tok tok tok boom boom tok tok...Aku terkejut yang teramat sangat dalam kekalutan itu aku kuatkan semangat untuk membuka pintu itu...Apabila pintu dibuka............Seorang nenek tua yang lengkap berpakaian putih berambut panjang hingga ke paras punggung muncul di hadapanku dan nenek itu memberi salam kepadaku dengan suara yang tidak begitu jelas dan berketar-ketar...Aku tertanya-tanya siapakah nenek itu..? Lalu aku terus menjawab salam tersebut dan bertanya kepada nenek itu "Nek Ape yang PELIK nie?" Nek nak ke mana?

Nenek itu memandangku dengan pandangan yang begitu menyeramkan...Beberapa saat selepas itu aku terbau haruman yang sungguh harum berselang seli bau yang amat busuk sehingga ke tahap mengaban daa....

Tanpa membuang masa......Nenek nak ape hah asal lah nek nie buat orang suspen jer len kali nak datang sini mandi dulu la...Nie jangan tak mandi lagi terus bubuh minyak wangi banyak-banyak kat badan ishhh nek nie pengotor lah....Nek nie nak carik saper sebenarnye nie? Tengah-tengah malam datang nie kalo nak bertanya sila pergi ke kaunter depan tu yer hah kat Hosp.Tg.Ram....Tak bleh datang tetibe macam nie lah.....p.o.y.o. la nek nie.....

Nenek itu pergi dengan wajah yang amat k.e.c.e.w.a.....the end....