Assalamualaikum

Sinopsis / Synopsis

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat blog aku...


Hidup ini tidak semuanya begitu indah buat kita... Apa yang kita lalui dalam kehidupan tidak akan kekal begitu lama ia akan datang dan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya itulah ketentuan hidup yang perlu kita harungi...


First I wish to say deepest gratitude to anyone who like visit my blog.

Live this will not all so beautiful for us. What we cross in life would not be permanent so long, it future and go away leaving us forever, that specificity live which need we undergo.

Rabu, 22 Julai 2009

Diet or Kurus?

Nak Kurus Ke Nak Diet?

Wah talieb rasa talieb dah gemuk ermm ni sebab talieb tak jaga makan kot semua main sebat daa... Dalam kekusutan ni talieb sempatlah nak search dalam internet bab camna nak diet dengan cara yang betul malah kawan-kawan dan kuage gak yang bagi sokongan, kakak talieb ada lah gak hantar email tentang diet yang betul nie...

Ni salah satu dari cara diet dari
Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet... Talieb pun tengah mencuba untuk diet dengan menggunakan kaedah ini... Apakah yang membuatkan talieb nak menggunakan kaedah ini??? Ini kerana ramai yang telah mencuba kaedah ini dan telah berjaya menurunkan berat badan mereka sehingga ke tahap IDEAL.... Jeng Jeng Jeng.....

Nak tahu lebih LANJUT??? boleh lah ke link ni

http://www.atkins.com/phase1.html

Peringatan: Pregnant ladies dan yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet. Consult doctor anda beforehand.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ? Karbohidrat rendah dalam pemakanan? Semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ? Low-fat diet? atau diet rendah lemak.
Melalui ? Low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.



Atau dengan membaca buku-buku Dr. Atkins:

1.)The Atkins Essential
2.)Dr. Atkins New Diet Revolution

Buku2 tersebut boleh didapati di mana2 MPH, Times Bookstore dan Kinokunia.


Anda juga boleh melawat link ini untuk mengetahui tahap B.M.I anda dan bagaimana nak mengira tahap nurition kita...

http://www.nutrition.com.sg/ho/index.asp

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin tanpa kita sedari pengambilan makanan yang kita ambil sehingga hari ini melebihi dari tahap kolestrol yang telah ditetapkan untuk setiap hidangan dalam makanan... Kadangkala ia sudah menjadi rutin seharian untuk makan melebihi tahap kolestrol yang ditetapkan... Contoh makanan yang di maksudkan...

Sila lah ke link ini untuk mengetahui lebih LANJUT tentang makanan yang di maksudkan

Sumber dari ==>> AzizahAzziz2u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan