Assalamualaikum

Sinopsis / Synopsis

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat blog aku...


Hidup ini tidak semuanya begitu indah buat kita... Apa yang kita lalui dalam kehidupan tidak akan kekal begitu lama ia akan datang dan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya itulah ketentuan hidup yang perlu kita harungi...


First I wish to say deepest gratitude to anyone who like visit my blog.

Live this will not all so beautiful for us. What we cross in life would not be permanent so long, it future and go away leaving us forever, that specificity live which need we undergo.

Ahad, 9 Ogos 2009

INFO : Kebaikan Buah-buahan...

Kebaikan Pisang
>> Merawat Kudis dan Luka

>> Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin, zat galian (kalsium fosforus dan besi) mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.

>> alam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.

>> pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

Kebaikan Nanas
>> Penawar Penyakit Batu Karang Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae

>> mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C.

>> boleh mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka.

>> Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan.

>> Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Kebaikan Mangga
>> Kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah.

>> Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Kebaikan Tembikai>> Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.

>> Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

>> Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Kebaikan Betik
>> Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae.

>> Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.

>> Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

>> Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan